Tuesday, March 22, 2016

Everland Resort, Yongin

Assalamualaikum, annyeong!

Salah satu tempat kitorang pegi untuk trip Seoul kali ni ialah Everland Resort.


Oleh kerana kami ni pemalas yang amat & takut penat naik bas, option naik bas dari Gangnam tu dipandang sepi. Kalau korang nak tau info macam mana nak naik bas tu, korang boleh try jengah blog Bibie Karim. Penggunaan ayat yang jelas & simple #bodek


Google punya google, kami decide nak guna shuttle bus. Kami guna service shuttle bus dari Daesung Tour bukan Daesung Big Bang ye. Lagipun masa tu ada discount rate. Round trip shuttle bus + admission ticket hanyalah 38,000w per person. Ada 5-6 lokasi pit stop bas ni akan tunggu termasuklah tempat kami naik bas berdekatan dengan Station Dongdaemun History & Culture Park Station Exit 11. Ada 2 masalah tour ni, korang tak boleh nak book through email. Hanyalah melalui call. Call perlu dibuat 2-3 hari sebelum tarikh yang korang nak pergi. Dan bas balik ke Seoul adalah jam 6.30pm. Kiranya tak berkesempatan la nak tengok fireworks waktu malam.


Tentang bayaran pulak, korang kena buat bayaran sewaktu naik bas. Lepas tu diorang akan beri tiket bas & voucher admission ke Everland. Kena simpan ye tiket bas sebab nanti waktu balik dorang akan check balik tiket. 

Tak tahu nak kategorikan kitorang bertuah ke tak bila pagi tu salji turun dengan agak lebat. Memang 110% jakun & keras kejung. So kitorang pilih untuk naik taxi ke station Dongdaemun H&C. 


Percubaan meminta lelaki ni tuliskan alamat kami dalam hangul gagal kerana dia tak paham pun apa kami cuba cakap. 

Perjalanan untuk ke sana lebih kurang 1 jam dan diorang akan turunkan penumpang di area parking untuk bas. Pastu kita kena naik pulak shuttle bus yang disediakan oleh pihak Everland for free of charge. So mohon jangan verangan nak jalan kaki sebab jauh juga jarak antara entrance Everland dengan parking area untuk bas. 



Sebelum naik shuttle bus everland, driver bas daesungtour ada pesan yang kami kena turun dari Everland at least by 6pm untuk naik bas yang sama di platform yang sama. Seperti biasa, kerja tuan tanah adalah mengambil gambar no plate bas. Takut kes kejadian macam di USS terjadi lagi. Bila bas tak datang datang dan sorang pun tak no contact company bas tu. Kali ni dah siap siap save no contact. 

Driver bas tu juga ada bagi info alternative transportation kepada yang tak boleh tunggu sampai jam 6.30pm. Mulanya tak paham kenapa dia cakap macam tu. Rupa rupanya....nanti ye. Kejap lagi tuan tanah cerita ye.


Yiihaaa! Dah berjaya jejakkan kaki ke Everland. Tempat feveret Kaklong kawasan yang bakal pegi lagi 20 hari #jeles

Waktu ni kawasan Everland agak lengang. Mungkin sebab masih awal, working days & salji turun. Dalam hati masa tu memang happy la sebab konon kononnya tak perlu beratur lama untuk main games. 





Baru hati nak rasa happy tak perlu beratur panjang rupa rupanya BANYAK attractions yang tutup sebab salji turun. Pehhh terus rasa frust & buang masa untuk tunggu sampai jam 6pm.

Tapi macam biasalah, kami kan suka duduk duduk tengok orang, most of the time kitorang duduk tepi tepi tu dalam cuaca sejuk beku tu dan perhatikan orang. Ada la few games yang kitorang main tapi tak sampai 5 ye. Haha memang bila fikir membazir je duit pegi sini. Tapi takpala, memang dah dalam budget trip kali ni. Maybe next time cuba Lotte World pulak. Hehe


Wei merasa tuan tanah pegang salji original. Tak sama rasa dia macam salji kat skii resort tu. Sebab kat skii resort tu bercampur dengan man made.




Pada tuan tanah, kalau boleh elakkan la pegi waktu snowing ni. Sebab most of the games akan tutup atau bukak agak lewat. Bawakla bekal makanan sebab kami tak jumpa any halal restaurants kat sini. Dan makanan kat sini agak pricey jugak. Banyak kerusi disediakan sepanjang jalan so memang tak sempat rasa penat pun sebab kebanyakan masa kitorang memang duduk rilek rilek.

Tempat ni confirm lebih cantik waktu musim bunga. Nak tengok comparison?


Ni waktu kami pegi. Tapak tapak bunga tu ditutup.


Dan ni contoh tuan tanah korek dari google suasana masa musim bunga. Ko ghase?

Okla, til next time!

6 comments:

  1. Perghh jeles dgn salji berterbangan tu. Huntong tuan tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeles lagi aku dengan ko yg dh kat sana! haha

      Delete
  2. mmg cantik Naz kalau g musim bunga..JM ke everland musim bunga...speechless..Tulip!! sana sini...mmg sgt cantik so apo laie..repeat on spring lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa nak repeat lagi kan?? dah la haritu tak sempat jumpa JM kat sana hehe

      Delete
  3. Jom Kak Jem kita pergi musim bunga pulak...

    ReplyDelete